Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Gaya Hidup

McDonald’s Malaysia diiktiraf Malaysian Book of Records

KUALA LUMPUR- Restoran makanan segera terkemuka, McDonald’s Malaysia mendapat pengiktirafan oleh Malaysian Book of Records (MBOR) apabila mencatatkan penyertaan paling tinggi untuk cabaran pandu-lalu dalam tempoh 24 jam.

Catatan tersebut berjumlah 473,860 kenderaan dalam Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald’s yang diadakan sepanjang tiga hari dari 26 hingga 28 April lalu.

Hari kedua cabaran tersebut pada Sabtu lalu menyaksikan McDonald’s mencipta rekod baharu dengan jumlah kenderaan paling banyak iaitu 164,235 kenderaan dalam tempoh 24 jam.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, pihaknya sentiasa komited untuk mengekalkan kepemimpinan pasarannya dan yakin mampu memenuhi keperluan pelanggan dengan pelbagai cita rasa.

“Cabaran itu melambangkan kemampuan McDonald’s menguruskan segmen perniagaan yang semakin berkembang seiring dengan pelanggan mencari perkhidmatan mudah, pantas dan mesra,” katanya dalam majlis Drive-thru Leadership for Customer Convenience di cawangan McDonald’s Kota Damansara dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Eksekutif Admin Am Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor.

Azmir Jaafar menambah, syarikatnya menyasarkan membuka 20 restoran pandu-lalu McDonald’s tahun ini yang akan memberi nilai tambah kepada 167 restoran sedia ada.

“McDonald’s Malaysia turut menyasarkan 70 peratus restoran itu di seluruh negara menjadi restoran pandu-lalu menjelang tahun 2021,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: