Kuala Lumpur: Baru-baru ini DACSEE memperkenalkan aplikasi telefon perkhidmatannya yang siap dibangunkan sepenuhnya pada September lalu. 

DACSEE adalah satu-satunya platform didunia yang menawarkan perkongsian kereta yang memusatkan pada kuasa komuniti dengan penggunaan Teknologi Blockchain.

Teknologi itu membenarkan DACSEE menawarkan satu sistem telus bagi orang ramai yang mengguna perkhidmatan mereka. Semua maklumat yang diterima akan direkodkan untuk pemegang syer membuat penilaian dan sistem peer-to-peer yang menolak pembayaran yuran kepada ‘orang tengah’, secara tak langsung memberi banyak kemudahan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam DACSEE. Bagi pihak pemandu, mereka dapat mengawal sumber pendapatan setiap bulan dan penumpang pula dapat mengguna perkhidmatan dengan membayar pada kadar bayaran yang rendah.

Teknologi Blockchain ini juga mencipta eko-sistem sendiri yang memberi balik kepada semua komuniti yang terlibat baik sama ada dari pihak DACSEEsehingga penumpang dan dalam masa yang sama, komunti ini akan terus berkembang.

“Tidak seperti perkhidmatan perkongsian kereta yang sedia ada sekarang ini, keuntungan DACSEE diterima daripada hasil perkembangan komuniti. Kami ingin menghubungkan orang ramai yang mempunyai minat yang sama agar boleh berkongsi idea dan peluang untuk sama-sama meningkatkan kualiti personal mereka dan rangkaian perhubungan profesional serta kehidupan mereka.”-Lim Chiew Shan, Perintis dan Ketua Pegawai Eksekutif DACSEE.

Sehingga kini, pemandu Malaysia yang berdaftar dengan DACSEE adalah seramai 11,000 orang. Pengguna yang memuat turun aplikasi DACSEE pula adalah lebih 50,000 dan semakin meningkat berikutan mula dikenali oleh orang ramai memandangkan pengguna yang ingin mengguna perkhidmatan DACSEE berpeluang memilih sendiri jumlah bayaran yang dikenakan, saiz dan jenis kereta yang ingin dinaiki dengan hanya memilih kumpulan yang diingini.

Lebih-lebih lagi bagi pengguna wanita, mereka berpeluang untuk memilih pemandu dari kumpulan pemandu wanita sahaja.

Bagi pemandu yang menyertai DACSEE pula, mereka boleh menjana lebihan pendapatan sekiranya memperkenalkan lebih ramai pemandu menyertai DACSEE. Begitu juga dengan pengguna, lebih ramai mereka memperkenalkan DACSEE kepada ahli keluarga lain dan kawan-kawan, lebih banyak keuntungan mereka perolehi.

Untuk makluman, DACSEE memperkenalkan kempen ganjaran bagi meningkatkan lagi lpengalaman orang ramai yang mengguna perkhidmatan ini. Kempen ganjaran ini juga bakal memperlihatkan kolaborasi DACSEE dengan pelbagai rakan kongsi dari pelbagai industri termasuk kedai serbaneka yang terkenal dan syarikat insuran.

Antara terbaru, DACSEE menawarkan aiskrim percuma kepada seluruh pengguna perkhidamatan mereka. Kempen ‘joyride’ ini dijalankan bagi memberi keselesaan dan keseronokan untuk setiap perjalanan. 

Untuk mendapatkan ganjaran itu, muat turun aplikasi DACSEE, tempah pemandu dan guna perkhidmatan. Anda pasti teruja menempuh perjalanan yang selesa sambil menikmati keenakan aiskrim Baskin Robbins. 

Advertisements