Zaman ini orang gelar zaman millenial. Generasi inilah yang kita dapat lihat sedang mendominasi segala jenis trend, sosial media, gajet, gaya hidup, pola pemikiran serta pelbagai lagi. Begitu juga dalam dunia kecantikan. Setiap apa yang baru, pasti mereka tidak ketinggalan untuk mencuba. Budaya ‘ingin cantik’ dan menjadi yang paling cantik sudah tertanam di dalam diri setiap wanita millenial ini.

Namun, tidak semestinya rasa ingin cantik itu harus dicapai melalui prosedur-prosedur yang berisiko tinggi atau memerlukan belanja kos yang tinggi. Kini banyak klinik-klinik estetik yang sah dan diiktiraf boleh dikunjungi.

Baru-baru ini kami berkesempatan mengunjungi The Lush Clinic yang merupakan sebuah klinik astetik dan dermatologis yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur untuk melihat sendiri berkenaan rawatan yang ditawarkan.

Kami juga turut berkesempatan bertemu Dr. Hwong Giin Shing yang berkongsikan mengenai kebaikan serta keburukan sinaran UV untuk kesihatan kulit manusia.

Menurut beliau, sinaran ultraungu atau disebut ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet terdiri dari gelombang elektromagnetik dengan frekuensi lebih tinggi berbanding apa yang manusia kenali sebagai cahaya ungu. 

Seperti mana sinar UV boleh menyebabkan kulit terbakar, berkedut, mengalami penuaan dan menyebabkan kanser kulit, kesan sama juga boleh menjejaskan mata. Kerosakan mata berlaku kerana kira-kira 99 peratus sinar UV diserap oleh bahagian depan mata. Kesan kronik kerosakan mata akibat pendedahan berlebihan kepada sinar UV juga boleh menyebabkan kebutaan.

Kesan buruk sinar UV pada kelopak mata boleh menyebabkan ia mengalami ‘actinic keratosis’ iaitu tompokan kulit bersisik dan berkerak. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan, sedikit demi sedikit membentuk kanser kulit pada mata.

Sinaran UV terbahagi kepada 3 iaitu: 

  • Sinaran UVA menembusi jauh ke dalam kulit, menuakan sel kulit dan merosakkan DNAnya. Sinaran UV dikaitkan dengan kerosakan kulit jangka masa panjang seperti kulit kedut, dan beberapa jenis kanser kulit.
  • Sinaran UVB menjadi punca utama selaran matahari. Ia juga boleh merosakkan DNA sel kulit itu.
  • Sinaran UVC pula disekat oleh lapisan ozon dan biasanya tidak sampai ke permukaan bumi.

Bagi seseorang yang terdedah kepada sinaran UV mungkin akan mengalami kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:

  • Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
  • Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari

Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:

  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  • Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
  • Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera

Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Justeru, The Lush Clinic memperkenalkan rawatan dan perlindungan kulit bersama produk  UV Porcelain SOS yang kini tampil pula dengan invasi baharu -menghasilkan siri makanan tambahan (suplemen) yang bukan sahaja mampu menganjal dan mencerahkan kulit tetapi juga menyalur kebaikan fungsi kolagen dari dalam agar wajah kembali berseri-seri dalam tempoh singkat.

Menggunakan teknologi kecantikan yang diramu dengan formulasi spektrum UVA dan perlindungan UVB, SOS UV Pocelain+ boleh dijadikan makanan terbaik untuk kulit kamu. Ia juga menjanjikan kesan seawal 3 minggu tau! Hanya perlu makan sebiji sehari.

Ramai yang telah menggunakan SOS UV Pocelain+ memberikan maklum balas positif terhadap reaksi suplemen kecantikan ini bahakan, mampu mencerahkan pigmentasi dan parut pada kulit secara berperingkat selain mengurangkan kedut halus.

Jangan risau kerana SOS UV Pocelain+ sesuai untuk semua jenis kulit dan sudah pun menerima kelulusan dari pihak US FDA. Ia dicadangkan diambil 30 minit sebelum kamu terdedah kepada matahari. Rangkaian produk SOS UV Porcelian+ boleh dibeli dari klinik, toko-toko derma serta spa-spa estetik terpilih sekitar negara.

Antara bahan aktif yang terkandung dalam suplemen mewah ini adalah termasuk ajen penganjal kolagen, anjen pencerah Vitamin C, Alpha Pocelain, pelindung matahari Polypodium Leucotomosserta sejenis anti-oksidan dipanggil L-Glutathione.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari The Lush Clinic

Advertisements