Realme Malaysia hari ini telah berkongsi, mengatakan mereka akan melancarkan Realme 3 Pro secara rasminya untuk pasaran Malaysia pada 14 Mei nanti.

Realme 3 Pro merupakan telefon pintar mercu dibawah keluarga Realme 3, hadir dengan skrin bertakuk kecil 6.3-inci, dijana cip Snapdragon 710, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut disertakan dengan bateri 4045mAh.

Untuk rakaman gambar pula, ia hadir menyertakan kamera belakang 16MP + 5MP, selain kamera hadapan 25-megapixel. Menariknya, Realme turut menyediakan beberapa mod rakaman menarik, termasuk rakaman video gerak perlahan 960fps, serta rakaman gambar Ultra HD 64-megapixel.

Telefon pintar ini juga turut hadir dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0 yang menggunakan kabel mikroUSB.

Untuk kamera, ia dipasang dua kamera belakang gabungan lensa 16MP F1.7 dan 5MP F2.4, yang menyokong tangkapan gambar Ultra HD dan Super Nightscape Mode. Kamera hadapan pula 25MP.

Di India, Realme 3 Pro telah dijual pada harga INR13,999 (~RM830) untuk RAM 4GB dan storan 64GB. Manakala versi RAM 6GB dan storan 128GB berharga INR16,999 (RM1,010). Harga ini sama dengan Redmi Note 7 Pro di India.

Harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual bakal dikongsikan oleh pihak Realme secara rasminya pada 14 Mei nanti.

Advertisements