Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia dan raja buah ini memang tidak boleh dipisahkan. Lemaknya isi durian, nikmat tak terkata. Kalau diajak makan durian sememangnya rakyat Malaysia tidak akan menolak kerana sudah semestinya raja buah itu sentiasa menjadi pilihan.

Sejajar itu, pelbagai produk berasaskan durian mula dipasarkan dan pastinya ia menjadi kegemaran bagi peminat raja buah itu. 

Tidak ketinggalan, FORBIDDEN iaitu produk konfeksi durian pertama di Malaysia yang pastinya memberikan satu transformasi baru kepada pencinta durian yang ingin memabawanya kemana sahaja. Ini kerana, konfeksi ini dihasilkan tanpa bau durian yang terlalu kuat namun rasa asli buah tersebut masih kekal didalamnya.

Untuk pengetahuan semua, konfeksi FORBIDDEN ini telah dihasilkan melalui inovasi serta teknologi tinggi oleh seorang chef daripada Malaysia. Beliau juga merupakan pakar seni kulinari pembuatan pastri Perancis yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. 

Ketua Pegawai Eksekutif Sunny Food Lab Sdn Bhd, Damian Lee berkata, FORBIDDEN lahir daripada rasa cintanya terhadap durian dan berhasrat membawa durian ke peringkat lebih tinggi melalui proses inovasi dan teknologi menggunakan bahan-bahan terbaik tanpa bahan tambahan.

Buah durian yang dipilih adalah terbaik dari dusun di Raub Pahang yang sememangnya sangat terkenal dengan pengeluaran durian Musang King setiap tahun.

Projek penghasilan konfeksi durian FORBIDDEN ini juga adaalah hasil dari kerjasama bersama Syarikat SunnyHills yang juga merupakan pengeluar tat nenas yang mempunyai reputasi yang tinggi di Taiwan.

“Kami bekerjasama dengan rakan kongsi kami, SunnyHills yang merupakan jenama nenas yang mempunyai reputasi tinggi dari Taiwan, yang terkenal dengan konsep dari ladang ke bakeri mereka yang hanya menggunakan bahan semulajadi,” katanya pada sidang media.

Dengan mengetengahkan konsep “Dari Ladang ke Bakeri”, konfeksi durian FORBIDDEN CIGAR D24 dihasilkan menggunakan durian terbaik D24. Melalui konsep pembungkusannya yang begitu esklusif, ianya didatangkan bersama kotak dan beg istimewa yang mampu mengekalkan kualiti produk tersebut. Ianya juga sesuai untuk dijadikan hadiah/buah tangan kepada rakan dan keluarga.

“Justeru, anda boleh membawa produk durian D24 Cigar atau Musang King Roll yang dibungkus dalam kotak khas tanpa berasa bimbang didalam kabin pesawat kerana ia tidak mengeluarkan sebarang bau durian yang mungkin tidak menyenangkan kepada segelintir orang.

“Anda juga boleh menjadikan produk FORBIDDEN ini sebagai hadiah cenderamata untuk sebarang majlis dan boleh dijadikan hadiah perayaan yang unik dan istimewa untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang, sama ada untuk orang tersayang, rakan atau rakan kongsi perniagaan,” katanya.

Selain daripada konfeksi CIGAR D24, untuk masa terdekat ini juga jenama FORBIDDEN ini turut memperkenalkan MUSANG KING ROULADE. Apa yang menarik, ‘filing’ nya dihasilkan 100 peratus isi durian king. Tiada tambahan perasa atau pewarna. Ianya juga dienak dinikmati dalam keadaan sejuk mahupun dalam suhu bilik.

Produk D24 Cigar dijual ketika ini pada harga RM83 manakala Musang King Roll dijual pada harga kira-kira RM120 (bergantung kepada kadar semasa tukaran matawang Taiwan Dollar).

Sebagai persediaan, pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan yang sudah menanam durian Musang King berskala besar membabitkan ladang seluas 200 ekar di Selangor Valley.

“Kami bercadang memperkenalkan produk ketiga iaitu Durian Coklat dimana coklat akan berada didalam dan diselaputi durian diluar tidak lama lagi kerana coklat adalah makanan yang diterima ramai diseluruh dunia,” katanya.

‘Reka bentuk pembungkusan dibuat oleh firma reka bentuk/ penjenama Singapura yang pernah menerima anugerah bersama ilustrasi Katie Scott” katanya kepada Malaysianews TV.

Kedua-dua produk ini dijual secara dalam talian di di FORBIDDENDurian.com. Khidmat penghantaran disediakan dari Isnin hingga Ahad.

Untuk maklumat lanjut, layari:

Website: forbiddendurian.com
Facebook: Forbidden Durian
Instagram: @forbiddendurian

Advertisements