Pelakon Lia Natalia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 27 kini mula memasarkan kasut jenamanya sendiri serta berkejasama bersama The Flickstore untuk koleksi raya 2019.

Beliau ketika ditemui di majlis pelancaran dan runaway The Flickstore x Lia Natalia di Panggung Asia berkata idea menjadi usahawan kasut wanita itu merupakan ‘back up plan’ selain kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Pelakon yang berasal dari Tawau, Sabah itu memulakan kerjaya sebgai pelakon pada 2010 selepas menyertai program realiti Pilih Kasih musim kedua. 

“Alhamdulillah, kasut wanita rekaan saya kerjasama dengan The Flickstore menerima sambutan yang hangat. Saya ambil masa lebih tiga bulan untuk memastikan kasut itu berkualiti dan selesa untuk dipakai.

“Zaman sekarang ni artis pun dah terlalu ramai, kita pun tak tahu sampai bila kita boleh berlakon. Jadi perniagaan menjual kasut ini adalah salah satu ‘back up plan’ saya”

“Buat masa sekarang, hanya 1000 pasang sahaja yang dikeluarkan untuk koleksi raya dibawah jenama saya. Ianya untuk ‘test market’ dan melihat sejauh mana penerimaan pelanggan. Jika sambutan menarik, InsyaAllah saya akan fikirkan untuk koleksi akan datang” katanya kepada Malaysianews TV.

Aktres kelahiran Sabah itu bekerjasama dengan The Flickstore mengeluarkan tiga jenis model kasut yang diberi nama Latifah, Norli dan Ara yang dijual dari harga RM179 hingga RM189 sepasang.

Advertisements