Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Gaya Hidup

Rawatan moden Spa Bekam Ar Rayyan fokus keselesaan pelanggan

Gombak – Kesedaran rakyat Malaysia terhadap kesihatan tubuh badan semakin meningkat sehingga ramai yang mencuba pelbagai kaedah rawatan alternatif seperti berbekam.

Kaedah rawatan tersebut yang membuang darah kotor di badan cukup popular bukan sahaja di kawasan kampung, malah mendapat permintaan tinggi di ibu kota.

Apatah lagi ia merupakan amalan sunah yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga kesihatan badan.

Rentetan daripada itu, telah mendorong Mohammad Fathullah Melatu Samsi, 34, untuk mengusahakan Spa Bekam Ar Rayyan bersama isteri tercinta iaitu Wan Noor Natasaha Wan Jamaluddin, 32, sejak tiga tahun lalu.

Pernah mengusahakan pelbagai jenis perniagaan sebelum ini, namun ternyata percubaanya dalam bidang bekam antara yang paling mendapat permintaan tertinggi.

Beliau yang sudah empat tahun menjalankan perniagaan bekam kini memiliki sebanyak 19 cawangan di seluruh Malaysia.

” Alhamdulillah, Ar-Rayyan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kami sudah beroperasi di hampir setiap negeri cuma di empat lokasi iaitu Terengganu, Perlis, Kedah dan Sarawak yang hanya menunggu masa untuk mula beroperasi.

” Saya juga berhasrat untuk membuka cawangan di Indonesia dan Brunei. Perbincangan awal sudah dilakukan cuma menunggu green light dari pihak sana,” katanya.

Pusat rawatan itu berkonsepkan spa yang memberi jaminan keselesaan kepada para pelanggan serta mengutamakan kebersihan.

“Kesemua aspek dalam perawatan kami memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Spa Bekam Ar-Rayyan membawa inisiatif dalam memperkenalkan amalan Bekam kepada masyarakat dan pada masa sama menjadikannya sebagai alternatif gaya hidup bagi penjagaan kesihatan di samping memartabatkan amalan Sunnah ke tahap yang lebih tinggi.

” Ramai yang takut untuk mencuba Bekam kerana bila mendengar jarum, mereka jadi takut. Sedangkan Bekam zaman sekarang sudah lengkap dengan teknologi baharu. Tanpa rasa sakit, Bekam memiliki banyak manfaat dalam penjagaan kesihatan.

” Untuk anda yang sering mengalami migrain, jerawat, resdung, stress dan banyak lagi, amalam Bekam adalah amat disarankan. Jangan takut kerana ia tidak sakit,” katanya.

Antara lokasi tersebut ialah Gombak, Selangor (ibu pejabat); Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor; Kota Baharu, Kelantan; Kuantan, Pahang; Putrajaya, Damansara, Cheras dan Shah Alam.

“Kami menawarkan lapan pilihan pakej dengan harga serendah RM65.

“Lapan pakej tersebut ialah bekam sunah 13 cawan, bekam sunah 22 cawan, bekam seri wajah, bekam migrain, bekam tanduk, urutan badan, bekam angin/api dan bekam kepala tanpa cukur,” katanya.

Spa ini tidak ada percampuran lelaki dan wanita sepanjang proses rawatan.

Sebelum menjalani rawatan bekam, pelanggan perlu mengisi borang kesihatan diri seperti penyakit. Selepas itu, juruterapi akan memeriksa darah.

Wanita mengandung dan datang haid tidak dibenarkan berbekam. Begitu juga pesakit Hepatitis B bagi mencegah risiko jangkitan kepada pelanggan yang lain.

Menurutnya, juruterapi menggunakan peralatan moden malah penggunaan produk antiseptik serta bahan-bahan lain seperti minyak mendapat kelulusan oleh KKM.

Setiap peralatan yang digunakan diberi penjagaan kebersihan yang rapi dan disteril untuk mematikan kuman dan bakteria

Bukan itu sahaja, Spa Bekam Ar Rayyan juga telah berdaftar dengan agensi Pengendali Sisa Klinikal bagi melupuskan sisa klinikal di semua premis tersebut.

Selain itu, setiap premis Spa tersebut menyediakan kemudahan seperti Wi-Fi percuma, surau, tandas dan ruang menunggu yang selesa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: