Umat Islam di seluruh dunia kini menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana di dalamnya penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan serta menjanjikan ganjaran pahala yang sangat besar bagi mereka yang ingin mempertingkatkan amalan ketakwaan dengan penuh keimanan. 

Walaupun begitu, sudah pasti masih ramai lagi tercari-cari tempat berbuka puasa yang bersesuaian dengan bajet dan lokasi yang strategik.

Menjadi satu kelaziman apabila menjelangnya bulan Ramadan setiap hotel akan memperkenalkan menu Ramadan masing-masing. Kuala Lumpur International Hotel juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan.

Pada tahun ini, Kuala Lumpur International Hotel telah memilih tema “Limpahan Lautan” bertepatan dengan hasil gabungan citarasa makanan melayu ala kampung.

 

Gabungan idea chef-chef dari hotel ini yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu serta seni kulinari akan menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang di sajikan pada kali ini.

Lebih dari 50 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya adalah rendang daging, sambal udang, telur ikan goreng,  ikan talang masin masak lemak, kari kambing dan pelbagai lagi.

 

Menjadi hidangan tumpuan dan istimewa pada kali ini adalah hidangan shellout yang pastinya tidak dapat di tempat lain. 

Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis hidangan mi, nasi ayam, rojak buah, roti jala dan murtabak.

Sebagai pemanis mulut, pengunjung dihidangkan pelbagai aneka bubur, kuih muih, wafer, goreng pisang, goreng keledek dan macam-macam lagi. 

Dalam masa yang sama, Kuala Lumpur International Hotel turut menyajikan pelbagai jenis sambal sebagai penambah selera hidangan lauk-pauk. Memang menyelerakan dan terasa keenakan lauk kampung yang pastinya akan mengubat rindu anda akan masakan bonda di kampung halaman.

Istimewanya pada tahun ini Kuala Lumour International Hotel turut menampilkan minumam penyegar tekak iaitu cendol dan air batu campur yang pastinya melegakan tekak yang kering setelah berpuasa seharian. 

Kemudahan surau juga disediakan untuk para pelanggan yang datang berbuka puasa di sini.

Di bawah adalah harga bagi rangkaian hotel ini:-

Advertisements