Kesihatan usus dan kesihatan seluruh tubuh adalah sangat berkait rapat. Walaupun gangguan atau penyakit penghadaman dan pencernaan selalunya tidak membawa maut, tapi ia boleh memberi kesan serius ke atas kualiti hidup, terutamanya jika ia kerap berlaku atau berpanjangan. Bayangkan anda menjalani kehidupan seharian dengan cirit-birit atau sembelit yang kronik! Tentunya ia boleh memberi kesan yang buruk kepada kualiti kehidupan anda!

Kajian terkini menunjukkan mengekalkan usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan. Usus sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit serius seperti kanser kolon.

Tahap kesihatan penghadaman rakyat Malaysia, seperti yang didedahkan dalam Fakta Kesihatan 2016 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan penyakit sistem penghadaman dan pencernaan adalah punca utama ke-4 bagi kemasukan pesakit di hospital swasta, punca utama ke-7 bagi kematian yang dicatat di hospital kerajaan dan punca utama ke-6 bagi kematian dicatat di hospital kerajaan dan swasta.

Justeru, masalah kesihatan berpunca dari usus yang tidak sihat sebegini memberi idea dan perhatian dari pasangan Encik Mohd Kusyairi dan Puan Nor Nadira mengformulasi produk kesihatan berasaskan ekstrak buah markisa bersama gam arab, garcinia cambogia, daun senna, habbatus sauda dan madu khususnya untuk kesihatan tubuh badan.

Khasiat buah markisa itu sendiri terbukti dalam penyelidikan para saintis perubatan seluruh dunia antaranya Food Research InternationalAmerican Chemical Society di dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry dan penyelidikan oleh Sherma Zibadi dan Dr Ronald R Watson dari Arizona University dalam Journal of Evidence-Based Integrative Medicine yang diterbit oleh Springer Link. Ianya berfungsi sebagai ejen kolon terbaik disamping mengatasi hipertansi, insomnia, menurunkan paras kolesterol dan sebagainya.

 

Jus Marqeesha dihasilkan sebagai jus kesihatan botani campuran yang bertindak membantu mengekalkan tubuh aktif sepanjang hari. Disamping itu, ia juga membantu membersihkan usus kotor dan menagtasi masalah gastrik serta pedih ulu hati. Ia juga bertindak mengatasi masalah darah tinggi, serangan jantung, insomnia dan bagus sebagai bertindak mengurangkan paras kolesterol dalam badan.

 

Bagi anda yang mengalami masalah sembelit dan buasir, jus Marqeesha adalah produk terbaik yang wajib menjadi pilihan kerana ianya membantu melancarkan usus serta penghadaman. Dalam pada itu, ianya juga bertindak mengurangkan sindrom magrain dan alergik sekaligus melancarkan peredaran darah.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, jus Marqeesha ini juga merupakan penggalak susu (milk booster) yang sekaligus membekalkan tenaga disamping mengatasi masalah penuaan serta mencantikkan kembali kulit anda.

Menurut Mohd Kusyairi, jus ini juga mampu mengekalkan tenaga tubuh sesuai bagi kaum lelaki yang melakukan kerja berat. Jus ini juga, boleh dikonsumsi bagi lelaki dan perempuan 12 tahun keatas dan tidak ada sebarang pantang larang dari segi pemakanan diperlukan semasa mengamalkan produk ini.

Jus ini boleh didapatkan pada harga RM90 sebotol bagi semenanjung Malaysia, manakala RM100 bagi Sabah dan Serawak.

Bagi anda yang ingin mendapatkan produk terbaik ini, bolehlah melayari www.jusmarqeesha.com atau layari laman facebook dan instagram: Jus Marqeesha. Anda juga boleh terus menghubungi Mohd Kusyairi 011-27194954 atau Nor Nadira 018-3710988.

Untuk yang berminat menjadi ejen dan stokis sah juga amatlah dialau-alukan.

Advertisements