“Alamak, barang dapur dah makin kurang, kena pergi beli ni? Saya nak masak tak ada benda ni.” Haa, biasalah rutin mingguan rumah tangga. Setiap minggu mesti sekali kena keluar rumah untuk beli barang dapur. 

Bukan senang nak jadi pasangan yang bijak uruskan bab ekonomi rumah tangga, tetapi nak tak nak anda patut tahu cara cukupkan duit belanja dengan cara paling berkesan. Seronok tarik barang waktu membeli barang dapur, sekali tengok bil yang kena bayar, terus rasa menyesal, bukan?.

Tapi…

Tahukah anda, berbelanja di Segi Fresh Market mampu menjimatkan pengeluaran belanja dapur anda? Ya, itu realiti yang anda harus tahu. Kami sendiri akui realiti tersebut. Ianya benar-benar berbaloi dengan bajet yang dikeluarkan.

Kami ke Segi Fresh Market baru-baru ini untuk berbelanja barangan dapur. Pertama kali kami melangah masuk ke cawangan di Balakong dan kami dapati suasana yang kondusif dan luas benar-benar membuatkan kami berasa selesa untuk membeli belah.

Segi Fresh Market juga menawarkan barangan bersaiz jumbo sesuai bagi peniaga dan pemborong yang ingin berbelanja dalam jumlah besar. 

Pertama sekali, wajib jejak haruslah ke bahagian barangan basah. Jujurnya, bahagian ini kelihatan cukup memuaskan. Kenapa? Ya, ianya satu bahagian yang lengkap dengan ayam, ikan, sotong, udang, sayur-sayuran, buah-buahan, produk sejuk beku yang pelbagai dengan pilihan yang segar, bersih dan berkualiti.

Kami meneliti dari satu bahagian ke satu bahagian, benar-benar membuatkan kami teruja seperti ingin memborong kesemuanya. Ha, normal kan perasaan setiap wanita begitu jika ke tempat barangan dapur…

Disini juga menyediakan perkhidmatan menyiang ikan. Mudah kan…sampai rumah dah boleh terus masak.

Kualiti barangan basah disini sangat berkualiti dan menawarkan harga yang sangat-sangat berpatutan. Lihatlah apa yang kami beli dibawah ni. Anda pasti teruja melihat kualiti barangan basahnya. 

Kami yakin untuk mencadangkan pasaraya ini kepada kesemua rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan barangan keperluan harian.

Bukan sahaja barangan basah, disini juga terdapat barangan kering seperti ikan bilis, sotong kering, ikan masin, makanan berpek dan pelbagai lagi. Harga? Sudah tentu sangat-sangat berbaloi dengan kuantiti yang ditawarkan.

Bagi anda yang suka makan buah-buahan, disini memang syurganya. Harga yang ditawarkan sangatlah murah. Bayangkan sekilo mangga susu hanya RM2.99 sahaja. Pelbgai pilihan yang ada dan yang pasti kesemuanya segar-segar. Sangat berbaloi!

Oh ya! Di Segi Fresh Mart juga mempunyai barangan kering, barang penjagaan rumah dan badan juga. Bukannya semata-mata menjual barangan basah sahaja. Jadi, memang senang kita nak buat bajet perbelajaan rumah setiap kali keluar belanja sebab semuanya akan keluar didalam resit yang sama- Segi Fresh Market!

Sedikit Tentang Segi Fresh Market

Segi Fresh Market adalah di bawah naugan Segi Group iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Dengan menggunakan tagline ‘Pilih Fresh, Pilih Segi’ , Segi Fresh Market sentiasa memastikan pelanggannya berpuashati dengan kualiti dan kesegaran barangan mereka walaupun harga yang dijual lebih murah berbanding di tempat lain.
Sehingga kini Segi Fresh Market telah pun mempunyai lebih 30 cawangan termasuk di luar Lembah Klang. Nah, ni senarai tempat Segi Fresh Market. Cuba la check, mana tau berhampiran dengan rumah korang je :
  • Selayang
  • Cheras
  • Balakong
  • Subang
  • Telok Panglima Garang
  • Ampang
  • Kayu Ara
  • Pudu
  • Batu Caves
  • Bukit Beruntung
  • Saujana Utama
  • Jalan Kebun
  • Kuala Selangor
  • Sungai Udang
  • Taman Bukit Coral (SIKAMAT)
  • Puchong Denai
  • Slim River
  • Meru
  • Bandar Tasik Puteri
  • Tanjung Malim
  • Nilai (Bandar Enstek)
  • Semenyih
  • Batu Berendam
  • Sungai Besar
  • Batang Kali
  • Banting
  • Kuala Kangsar
  • Tanjong Karang
  • Bestari Jaya
  • Alor Gajah
Buat peniaga, memang saya sarankan korang datang berbelanja di sini. Sebab rata-rata produk memang dijual pada harga borong. Memang penjimatan banyak melalui pembelian yang bijak!

Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh layari :-

Website : www.segifresh.com
Facebook : www.facebook.com/segifresh
Instagram : www.instagram.com/segifreshmarket

Dengan 32 cawangan di seluruh Malaysia, memberi kemudahan serta peluang untuk masyarakat Malaysia berkunjung dan berbelanja barangan rumah di Segi Fresh Market. 
Nak berbelanja? Datang ke Segi Fresh Market. Berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. 
Advertisements