Sejak dilancarkan pada Jun 2018, program Roket Pemasaran Momentum (RPM) berjaya membantu lebih 4,000 usahawan dari seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok berkata, RPM merupakan program yang dilancarkan khusus untuk membantu usahawan menambah dan menarik lebih ramai pelanggan secara atas talian.

“Hari ini pengguna Facebook di Malaysia sahaja mencecah 24 juta orang dan angka ini semakin meningkat dan potensi untuk mencatat jualan melalui atas talian sangat besar.

“Amat rugi jika usahawan tidak menggunakan peluang ini untuk menarik lebih ramai pelanggan mereka. Kerana itu di RPM, kami memberi penekanan terhadap tiga perkara utama dalam pemasaran internet iaitu, bagaimana menarik trafik (pelanggan) dan menjadikan mereka pelanggan dan setia menggunakan produk kita,” katanya.

Kegagalan peniaga memahami keupayaan media sosial dalam aspek pemasaran menyebabkan ramai yang tercicir hinggakan terpinggir dalam ekonomi serba moden sekali gus menyebabkan ada yang gulung tikar.

Najib berkata pengguna kini semakin berkembang daripada aspek kesedaran teknologi sehinggakan pembelian atas talian menjadi satu perkara asas dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata, kurangnya kesedaran peniaga dalam aspek pemasaran atas talian terutama media sosial menyebabkan ramai yang mengalami kerugian sehingga tidak menyedari kesilapan asas mereka iaitu memaksimumkan penggunaan pemasaran yang betul.

“Ramai yang tahu berniaga tetapi gagal menggunakan teknologi untuk mengukuhkan produk masing-masing kerana kegagalan memahami keupayaan teknologi semasa yang mengubah kaedah berbelanja rakyat di negara ini. Jika dulu, kedai menjadi lokasi yang wajib dikunjungi tetapi sekarang, tanpa kedai peniaga terbabit (tetap) dapat menjual produk mereka.

“Ada peniaga mengeluh pelanggan semakin berkurangan tetapi selepas disiasat dan dikaji, peniaga terbabit tidak mengambil bahagian dalam teknologi di hujung jari sedangkan mereka yang memahaminya berjaya meningkatkan jualan melangkaui apa yang diperoleh selama ini,” katanya selepas pelancaran Roket Pemasaran Momentum – Nak Tarik Pelanggan di sini malam tadi.

Najib yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn berkata, pihaknya yang memperoleh sedikit ilmu kemudian berkongsi kepada lebih 38,000 peniaga tahun lalu dengan ramai yang berjaya meningkatkan jualan dengan kaedah pemasaran yang betul.

“Cuba bayangkan, seramai 24 juta rakyat Malaysia melayari internet setiap hari dan sepatutnya peniaga menggunakan peluang untuk memperkenalkan produk mereka dan pastinya, jika mereka buat secara teliti, pastinya jualan mereka akan meningkat ke jumlah yang lebih baik.

“Atas sebab itulah, saya akan mengadakan empat program ceramah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Subang, Selangor bagi berkongsi ilmu pemasaran yang terbaik dengan 1,000 orang pertama yang menyertainya hanya perlu membayar RM1 untuk tiga peserta.

“Jumlahnya nampak kecil tetapi dengan perkongsian yang diberikan, jumlah terbabit sangat berbaloi kepada peniaga selain memberi kelebihan berlakunya pembelian ulangan dan peningkatan keuntungan,” katanya.

Dalam perkembangan mengenai program Roket Pemasaran Momentum – Nak Tarik Pelanggan, Najib berkata, pihaknya menyasarkan seramai 50,000 peniaga menyertainya bagi membolehkan perkongsian ilmu berkaitan media sosial dan teknologi dapat disampaikan.

“Program ini wajar disertai peniaga yang mengalami masalah untuk diberi peluang kedua bagi membangunkan semula perniagaan masing-masing,” katanya.

Menurutnya lagi, RPM tahun ini akan dibuka dengan harga paling rendah iaitu RM1 sahaja untuk 1000 peserta pertama yang berdaftar. Pendaftaran boleh dilakukan di laman sesawang  www.50Kusahawan.com 

Advertisements