Shah Alam – Artis baru, Salimey Abu Bakar yang kini dibawah naungan syarikat rakaman Life Records Sdn Bhd baharu sahaja melancarkan video muzik terbaru khas sempena hari raya tahun ini.

Video muzik bertajuk Harapan Raya itu dilancarkan pada 25 mei lepas jam 12 tengahari. 

Sehingga kini, video tersebut telah mencapai jumlah penonton seramai 1200 orang melalui laman rasmi youtube beliau.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka video tersebut mampu mencapai jumlah penonton lebih daripada 1000 orang dalam masa hanya setengah hari sahaja” 

” Saya berharap para pendengar dan peminat akan terus menyokong dan terus berkongsi dengan lebih banyak agar semua orang dapat mendengar dan bergembira di hari raya ini” katanya kepada Malaysianews TV.

Harapan Raya yang ditulis oleh Hairul Anuar Harun dan komposer oleh Nik Nizam itu berkisarkan suasana hari raya dan amalan bermaaf-maafan yang menjadi budaya masyarakat.

Majlis pelancaran telah berlangsung di Restoran Aroma Hijrah, Shah Alam. Turut bersama merasmikan majlis adalah isteri Menteri Besar Selangor YAB Puan Masdiana Muhamad dan YB ADN Seri Setia YB Halimey.

Video muzik ini boleh ditonton di laman youtube Salimey Abu Bakar atau Life Records dengan carian Harapan Raya. 

Advertisements