Wangsa Maju – Seramai kira-kira 10, 000 ribu pengunjung membanjiri majlis rumah terbuka Parlimen Wangsa Maju yang diadakan diKampung Puah hari ini bermula jam 12 tengahari hingga 3 petang.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai juadah kampung yang dimasak secara gotong royong oleh para penduduk dari 10 buah kampung di Kampung Warisan Wangsa Maju. 

Idea gotong royong atau merewang yang diadakan bagi menjalin silaturahim dan mengeratkan hubungan baik sesama penduduk. Program merewang yang diadakan turut disertai Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew me

Para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti nasi ulam, laksa sarawak, rendang daging, gulai tunjang, gulai jering, daging dinding, kari ayam dan pelbagai lag. Apa yang menariknya, para pengunjung turut berpeluang merasai sambal pakatan yang dimakan bersama nasi ulam.

Turut hadir memeriahkan suasana adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah, Menteri Wilayah Persekutuan,YB Khalid Abd Samad, YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew,   Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dan ramai lagi.

 

Advertisements