Kuala Lumpur –  Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACAM) baru-baru ini telah mengadakan satu persidangan bagi menghimpunkan para arkitek di seluruh Malaysia dalam membincangkan hala tuju serta memberi cakna pelbagai isu dan topik bukan sahaja dari fokus perniagaan namun membina kemantapan kemahiran agar selari dengan arus kemodenan. 

archiQ yang kini memasuki fasa persidangan kali kedua dilihat mula mendapat sambutan dikalangan para arkitek yang melihat ianya sesuatu yang mampu membina impak baik bukan sahaja dari segi reka bentuk pelan bangunan semata-mata, malah ianya lebih kepada membuka ruang perniagaan dan kecemerlangan professionalism.

Berlangsung selama 2 hari iaitu pada 15 &16 Jun 2019 bertempat di Dewan Perdana Suria, Consist College, Ampang, ianya memeberi peluang kepada 10 orang speakers bagi membentangkan mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan pengetahuan dalam senibina ke arah yang lebih progresif dan kompeten. 

archiQ yang mula dipelopori oleh AR Jasmeet Sidhu berkata, kerjaya sebagai arkitek bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan sektor pembinaan masa kini terlalu banyak rintangan yang perlu dihadapi. Katanya lagi, sektor pembinaan pada tahun 2019 ini adalah ruang terbaik untuk menghimpunkan para arkitek lama dan baharu berkongsi pendapat dan ilmu bersama.

ACAM percaya bahawa untuk profesion ini arkitek mestilah berpengetahuan baik dan bijak dalam ilmu perniagaan untuk melaksanakan peranan yang berbeza semasa melaksanakan tanggungjawab mereka secara profesional dan tekun terhadap pelanggan dan orang awam secara keseluruhan. 

Untuk para profesional yang ingin menyertai ACAM ini
Yuran pembaharuan tahunan ialah RM400. Keahlian hanya dibuka kepada pemilik firma arkitek. Setiap firma terhad kepada 2 pengarah. Bagi acara-acara kecil yang dianjurkan oleh ACAM adalah PERCUMA kepada ahli. Kedua-dua pengarah dengan keahlian ACAM dari firma yang sama boleh menghadirinya.
Bagi bukan ahli (arkitek) mereka perlu membayar yuran nominal untuk menghadiri acara yang dianjurkan oleh ACAM. Acara besar seperti ArchiQ tidak percuma tetapi setiap peserta perlu membayar, ahli dengan kadar diskaun.
Advertisements