Kuala Lumpur – Bedak asas atau lebih popular disebut sebagai foundation adalah antara salah satu produk solekan yang paling penting bagi setiap wanita. Ia digunakan sebelum memakai bedak untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih sempurna dan dapat menutupi sebarang kesan cela yang ada di wajah anda.

Antara manfaat yang boleh didapati dalam pemakaian foundation adalah ia tahan lama, mempunyai SPF untuk perlindungan kulit, menutupi cela, dapat mencerah serta melembapkan kulit anda.

Datin Norashikin Muhammad pemilik Littleglams Couture Enterprise merupakan pelopor bagi produk bedak asas yang mengandungi bahan utama organik diimport khas dari Italy dan dikilangkan di Malaysia.

Memasuki bulan kedua di pasaran, Evance, perkataan yang berasal dari Perancis yang membawa maksud Advance didalam bahasa inggeris sudah cukup menonjolkan kelas tersendiri serta jenama yang sangat sofistikated.

Bersesuaian dengan penampilan wanita yang sering mementingkan gaya solekan yang cantik dan tidak keterlaluan, bedak asas Evance merupakan pilihan kosmetik tepat bagi menutup cela-cela wajah. Malah, ia juga mampu melembapkan kulit wajah anda serta menghalang dari kekeringan. Jika anda suka menggunakan bedak asas dalam jumlah sedikit, foundation jenis gel ini jawapan yang sesuai. Teksturnya yang ringan dan mengandungi bahan organik serta dapat menyihatkan kulit anda tanpa menyebabkan iritasi.  

Formula mudah sebati memberikan kemasan yang tidak akan bercapuk dan merekah di muka anda jika berpeluh di bahagian wajah. Ianya juga bebas minyak dan tiada wangian tambahan. Saiznya yang kompak, boleh dibawa kemana sahaja.   

Sesuai untuk anda yang cepat berpeluh di bahagian muka terutamanya pada Zon-T. Hasilnya, foundation ini tahan lebih lama dan semula jadi yang memberikan anda penghidratan selama 24 jam. Dengan menggunakan produk ini, ia dapat menutupi semua ketidaksempurnaan pada wajah seperti liang, garis halus dan bintik-bintik gelap. 

Istimewanya, foundation ini mesra solat dan mesra wuduk. Ianya juga didatangkan hanya pada satu warna namun bersesuaian dengan semua tona kulit wanita asia.

Evance kini membuka ruang kepada para wanita yang ingin menjadi stokis, agen dan dropship bersama-sama menjana pendapatan lumayan dengan memasarkan produk terbaik ini. Bagi anda yang ingin mendaftar sebagai stokis dan agen bolehlah hubungi atau whatsapp 016-6660379.

Kepada pelanggan yang ingin mendapatkan foundation hebat ini, bolehlah layari laman instagram @evancehq. Bagi 100 pelanggan terawal berpeluang memenangi hadiah misteri.

Advertisements