Kuala Lumpur – Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Dato’ Lokman Noor Adam berkata mahu membawa klip video seks sejenis yang tular di media sosial yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali bersama Haziq ke Indonesia untuk dianalisis sebuah syarikat pakar forensik video di negara itu.
“Kami akan bawa video ini untuk dianalisis ketulenannya di Indonesia. Disana ada satu badan forensik yang sememangnya pakar dalam menyiasat adakah video ini benar ataupun palsu. Mereka juga pakar yang mampu mengenalpasti tarikh dan masa ianya direkodkan”

Menurutnya, beliau yang akan mengetuai misi itu akan bertolak ke Indonesia pada malam Khamis ini.

Ditanya berapakah jangka masa keputusan analisis akan diperolehi, beliau memaklumkan ianya dalam lingkungan 3-4 hari sahaja.

“Keputusan analasis tidak ambil masa lama, cuma dalam tiga ke empat hari sahaja kita sudah tahu. Saya akan buat live dari sana setelah mendapat keputusan analisis”.

“Usaha ini adalah sebagai alternatif agar rakyat peroleh kebenaran yang sepatutnya. Saya nampak seperti ada cubaan untuk menyembunyikan perkara sebenar kerana sehingga kini tiada mana-mana pihak pun didakwa” katanya kepada media.

Lokman berkata hasil keputusan itu kelak akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Dia berkata demikian pada sidang media di luar Parlimen pagi tadi.

Azmin sebelum ini menyifatkan klip video seks sejenis itu, yang memaparkan seorang lelaki menyerupainya sebagai sebahagian daripada kempen jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya.

Selepas video itu dibocorkan, bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa bahawa dia adalah orang dalam klip itu dan insiden itu dirakamkan tanpa pengetahuannya di bilik hotel Azmin di Sandakan, Sabah.

Advertisements