Kuala Lumpur – Sebuah Pertubuhan Belia Wangsa Maju hari ini mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuang menteri yang mempunyai masalah akhlak serta mengamalkan gaya hidup songsang termasuk semburit. Sidang media khas itu diadakan di hadapan parlimen sebentar tadi.

Jurucakapnya, Alan Ridzuan menegaskan, sekiranya pemimpin sebegitu dibiarkan kekal sebagai jemaah menteri, ia dikhuatiri akan jadi ikutan rakyat dan menyuburkan golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Dalam sidang media itu, ahli pertubuhan juga turut membawa kondom jenama Durex sebagai simbolik kepada menyatakan bahawa kepentingan penggunaan kondom dalam hubungan kelamin bagi mengelakkan jangkitan penyakit seperti HIV. 

“Kami bukannya ingin menyebarkan aib, tetapi inilah yang patut dilihat apabila hubungan sejenis menjadi amalan dalam kalangan menteri kita sendiri, ini memberi imej buruk kepada bangsa dan agama”.

“Kita nak pihak polis siasat perkara ini kerana kita tak mahu pemimpin kita rosak akhlaknya.

“Perkara ini jadi lebih parah kalau tidak diambil tindakan sewajarnya kerana isu LGBT semakin kritikal sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, beliau juga meminta pihak kerajaan menjawab beberapa persoalan yang sering menjadi tanda tanya antaranya status duit Tabung Haji bernilai RM9 bilion, kemana hilangnya hasil harta negara yang dijual, RM80 bilion wang projek Petronas yang kini diambil alih oleh Petron dan kemana hilangnya wang GST bernilai RM19 bilion. 

Baru-baru ini tular satu lagi video seks luar tabii dipercayai milik Haziq dan lelaki yang didakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp.

Laporan kami sebelum ini menyatakan video tersebut akan dibawa oleh Dato Lokaman Adam ke Indonesia untuk disiasat ketulenanya oleh satu badan forensik disana.

Advertisements