Kuala Lumpur – Satu demonstrasi diadakan di hadapan pasaraya Sogo hari ini. Demonstrasi kecil itu diadakan bagi mendesak Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali meletakkan jawatan ekoran tersebarnya video yang didakwa memaparkan dirinya melakukan hubungan sejenis.

Demo tolak semburit ini dikatakan bertujuan menunjukkan rasa kecewa apabila kerajaan seolah-olah lepas tangan dan tutup mulut berkenaan isu semburit ini.

Aktivis masyarakat, Haji Sarifuddin Hamid berkata isu semburit ini sekaligus mencemarkan imej dan kesucian agama islam. Ianya seharusnya ditangani dan diambil tindakan terhadap pelaku-pelakunya.

“Saya mewakili rakyat Malaysia hari ini menggesa menteri yang terlibat dalam seks luar tabii ini bertaubat dan mengakui apa yang dilakukan. Kita tolak membudayakan LGBT dalam negara kita”

” Seks memang diperlukan sebagai lumrah kehidupan tetapi biarlah kena pada tempatnya bukan sesama jantina”

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan melaksanakan undang-undang mengikut ‘Rule of Law’ yang sebenarnya. 

“Pemimpin yang terlibat LGBT harus diambil tindakan, menteri agama juga harus melakukan tugas sepatutnya dalam membanteras aktiviti songsang ini” katanya.

Turut serta Pengerusi Sekretariat Geram, Baha Taha yang turut menyokong tindakan tegas diambil kepada pemimpin yang terlibat video seks luar tabii.