Sepang – Pengerusi Seketeriat Suara Rakyat, Dato Lokman Adam hari ini berangkat ke Jakarta bagi menyerahkan video seks luar tabii yang melibatkan Datuk Seri Azmin Ali bersama individu berna Haziq Aziz.

Lokman berkata, video itu akan diselidik kesahihannya oleh pasukan forensik Indonesia dan keputusannya akan diserahkan sendiri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid bin Bador.

“Hasil selidikan akan saya serahkan kepada ketua pembangkang dan IGP untuk semakan dan pengetahuan mereka”

“Jika benar video ini tulen, maka saya minta pihak polis segera mengambil tindakan dan Azmin perlulah menyatakan kebenaran kepada rakyat” katanya.

Beliau turut memaklumkan hasil selidikan video ini mengambil masa lebih kurang 4 hari dan beliau akan membuat siaran live berkenaan hasilnya dari sana.

“Kita berasa kecewa kerana pihak polis hanya menumpukan kepada siapa dalang penyebaran video ini namun tidak langsung fokus kepada siapa yang berada dalam video itu”.

“Saya lihat kerajaan PH ibarat keluarga 69 kerana pelbagai isu semburit, rogol, perlakuan tidak senonoh ada dikalangan para menteri” katanya kepada media.

Sebelum itu, tular video semburit antara Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhamad Haziq Abdul Aziz dengan seorang ahli politi

Advertisements