Ampang – Malaysia mencipta sejarah baharu pada Selasa, dengan lulusnya pindaan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun.

Sehubungan itu, satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan bagi memberi info dan kesedaran kepada golongan belia bermula umur 18 tahun sehingga 25 tahun betapa pentingnya membuang undi serta input-input lain.

Bervisikan ‘political awareness’, kumpulan Gabungan NGO 18 yang dipengerusikan oleh Muhammad Amin Daniel itu berkata selain dari kesedaran mengundi, kumpulan ini ditubuhkan juga sebagai mencari dan memberi peluang kepada golongan muda bergerak ke hadapan untuk mengetengahkan suara mereka lebih-lebih lagi dalam sektor peluang pekerjaan.

Sinonim digelarkan Geng 18, beliau meletakkan harapan yang tinggi agar golongan belia bersama-sama menyokong dalam menggerakkan kumpulan NGO ini.

Info lanjut dan borang penyertaan boleh terus ke laman sosial facebook mereka iaitu Geng 18. 

Advertisements