Ampang – Setelah lama tidak muncul, hari ini Datuk Seri Jamal Yunos membuat satu sidang media berkenaan isu video semburit yang melibatkan menteri kanan kerajaan, Datuk Seri Azmin Ali yang tular baru-baru ini.

Melalui kenyataannya, beliau pada asalnya tidak berminat mengupas berkenaan isu ini namun terpanggil memberi kenyataan apabila melihat kenyataan dari Ketua Polos Negara, Abdul Hamid Bador dalam wawancara saluran RTM 1 malam tadi yang menyatakan bahawa video seks luar tabii disahkan tulen oleh Cybersecurity.

“Saya agak kecewa kerana kes ini sudah mula tular sejak sebulan yang lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil”

“Cybersecurity pun sudah sah kan video itu, tetapi IGP memberitahu pelaku didalam video itu masih belum disahkan” katanya.

Beliau turut mendakwa bahawa ada kemungkinan pihak polis juga menerima tekanan politik untuk mengatakan video tersebut adalah konspirasi semata-mata.

“Saya bimbang masyarakat akan kurang yakin dan tidak percaya dengan kewibawaan agensi kerajaan kerana kes ini dilihat seperti ada  yang cuba menyembunyikannya”.

Dalam pada itu, Jamal yakin pelaku dalam video tersebut adalah tulen dan benar-benar melibatkan Azmin Ali.

“Saya cabar Azmin Ali saman saya jika dia difitnah dan membuktikan bahawa video itu palsu”.

Beliau dalam pada itu meminta Azmin Ali berundur jika benar dia adalah pelakunya. 

Advertisements