Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Politik

Najib tidak berhasrat kembali jadi PM – Reezal

SABAK BERNAM – Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) perlu diterima secara terbuka kerana bekas Perdana Menteri itu mempunyai pengaruh yang kuat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pelantikan itu tidak bermakna Najib ingin kembali menerajui kepimpinan negara. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini. 

Reezal Merican memberitahu, keputusan melantik Najib itu dibuat hasil daripada konsensus yang dipersetujui Presiden MCA dan MIC, serta ahli Dewan Tertinggi BN yang terdiri daripada tokoh utama ketiga-tiga parti.

“Hakikatnya saya beranggapan beliau seorang yang berani dalam menghadapi pelbagai fitnah yang dilemparkan. 

“Satu demi satu isu beliau tangani secara bersendirian. Apa isu beliau tidak troll terutama dalam soal GST (Cukai Barangan dan perkhidmatan), PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan lain-lain. 

“Setiap kali beliau troll menteri PH, ribuan sambutan positif diterima daripada netizan,” katanya. 

Malah, katanya, fenomena ‘Bossku’ dicetuskan bekas Perdana Menteri itu membawa kepada sokongan rakyat terutama anak muda di media sosial. 

“Ini memberi gambaran rakyat di luar bukan terima secara buta tuli kerana mereka baca dan lihat, selain buat kajian dan perbandingan apa yang didakwa serta dilemparkan kepada Najib. 

“Malah, ada yang mula melihat banyak perkara  yang dilemparkan terhadap Najib adalah fitnah,” katanya. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: