Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Terkini

Pelaku video semburit sah, Lokman serah laporan pada IPCMC dan Muhyiddin

SEPANG – Laporan forensik dari Indonesia mengesahkan individu di dalam video intim yang tersebar sepadan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz. 

Lokman ditemui sejurus selepas tiba di KLIA2 jam 7 petang tadi. Ketika mendedahkan perkara itu, beliau mendakwa, pakar-pakar yang menganalisis video itu merumuskan bahawa ia adalah sahih dan tiada elemen manipulasi atau disunting.

 

“Ia bercanggah dengan laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang tidak dapat memadankan wajah dua individu tersebut,” dakwanya.

 

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Menurut Lokman, pakar forensik tersebut turut mendapati tiada unsur muka diubah suai kerana dapat dikesan ketika mata Mohamed Azmin dan Haziq berkelip secara normal dan semula jadi yang tidak boleh dicipta dengan teknik ‘deepfake’ malah posisi mereka yang sentiasa bergerak.

Tambahnya, beliau akan menyerahkan laporan setebal 18 muka surat itu kepada Suruhanjaya Salah Laku Pasukan Polis (IPCMC) dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu hadapan.

 

“Saya akan serahkan laporan forensik ini kepada IPCMC kerana kecewa dengan kenyataan IGP yang mengatakan kes ini adalah buang masa. IGP juga menyatakan mereka ada banyak kerja lain nak buat”

” Sebagai seorang Ketua Polis Negara, kenyataan sebegini adalah tidak wajar dikeluarkan dan saya gesa IGP letak jawatan, beliau dah menipu rakyat” katanya.

Keputusan menghantar laporan ini kepada IPCMC adalah kerana mahu mendedahkan salah laku IGP yang seolah-olah tidak mahu menyiasat kes ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: