Realme Malaysia hari ini mengumumkan bakal memperluaskan lagi jenama tersebut dengan membuka 2 cawangan baharu iaitu di IOI Mall Puchong dan Metro Kajang.

Peminat Realme akan mempunyai akses bagi kesemua rangkaian peranti Realme di Realme Image Stores. Pelanggan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pekerja di cawangan tersebut berkenaan peranti yang sesuai dengan mereka.

Kedua-dua cawangan ini beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam. Jadi anda boleh terus ke cawangan tersebut untuk melihat sendiri dengan secara dekat peranti Realme.

Bagi mengetahui pengedar Realme yang sah, anda boleh klik di sini. dalam pada itu, bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peranti Realme, anda boleh melayari laman sesawang Realme.

Advertisements