Sebagaimana yang telah kami kongsikan sebelum ini, Realme Malaysia telah menganjurkan promosi hebat untuk tempoh terhad dengan menawarkan Realme C2 pada harga hanya RM349. Dijual secara eksklusif melalui promosi ‘Realme DAY’ di Shopee pada 5 Ogos 2019, peranti ini telah berjaya mencatatkan rekod jualan yang sangat positif.

Dalam tempoh satu hari, sebanyak 1000 unit Realme C2 telah terjual semalam dengan 500 unit berjaya dijual dalam tempoh hanya 30 minit sahaja. Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama Realme Malaysia, kejayaan jualan ini jelas memperlihatkan permintaan yang tinggi terhadap telefon pintar mampu milik di negara ini.

Pada hari promosi itu, pembeli Realme C2 (2GB + 16GB) boleh membelinya pada harga hanya RM349 berbanding harga asal RM429. Malah 50 pembeli terawal akan turut menerima kad microSD percuma dan juga hadiah percuma daripada Realme.

Menariknya Realme Malaysia turut mendedahkan seramai 110,000 pengunjung berjaya direkodkan telah mengunjungi kedai rasmi Realme di Shopee pada hari tersebut. Promosi ‘Realme DAY’ yang diadakan bersempena ‘Shopee Brands Festival’ yang berlangsung sehingga 18 Ogo7s nanti. Sepanjang tempoh promosi, pelbagai tawaran boleh dinikmati eksklusif hanya di Shopee.

  • Kunjungi kedai rasmi Realme, eksklusif hanya di Shopee
Advertisements