Sharnaaz fail nusyuz terhadap isteri

KUALA LUMPUR – Kemelut perkahwinan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd. Noor memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz. Tuntutan itu difailkan Sharnaaz, 34, atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad sebagai plaintif  terhadap Noor Nabila, 34, selaku defendan di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Terdahulu semasa prosiding, peguam syarieContinue reading “Sharnaaz fail nusyuz terhadap isteri”

Hukuman penjara dan denda jika tak hormat lagu Negaraku

Kuala Lumpur – Individu yang tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku berkumandang, boleh dikenakan hukuman penjara serta denda jika sabit kesalahan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, mereka yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku ituContinue reading “Hukuman penjara dan denda jika tak hormat lagu Negaraku”

Dihina hitam macam Hajarul Aswad, Ibu Haneesya Hanee lapor polis

Ibu kepada pelakon dan model Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda nekad membuat laporan polis terhadap pengguna media sosial Twitter yang telah membuli anaknya dengan panggilan ‘hitam’. Kata Nor Sakuraneeda, tindakan itu atas tindakan keterlaluan dua pengguna akaun Twitter yang memperlekehkan Haneesya. “Saya sudah selesai membuat laporan polis. Selama ini anda bercakap pasal gelap dan pergi kelabContinue reading “Dihina hitam macam Hajarul Aswad, Ibu Haneesya Hanee lapor polis”

Najib luluskan pinjaman AS$1.75 bilion – Saksi

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluluskan cadangan Bridging Loan (Pinjaman jangka pendek) berjumlah AS$1.75 bilion melalui pengeluaran nota pinjaman berstruktur selama 10 tahun bagi pengambil alihan syarikat Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB). Kelulusan itu adalah mengikut Seksyen 6 Akta Jaminan (Pertubuhan Perbadanan) 1965 di mana setiap ‘further indebtedness’ (keberhutanganContinue reading “Najib luluskan pinjaman AS$1.75 bilion – Saksi”

NUR Alert: Polis mohon bantuan kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara

BINTULU- Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya Nur Alert bagi mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Bintulu, Sarawak. Kanak-kanak berkenaan, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah, 6, kali terakhir dilihat di Kampung Baru Laut, di sini, memakai baju ungu dengan seluar pendek merah. Laporan kehilangannya dibuat pada Sabtu. Puteri Nurardiana Damia QaisaraContinue reading “NUR Alert: Polis mohon bantuan kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara”

Keluarga Adib harap suspek dibawa ke muka pengadilan

SHAH ALAM – Abang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Asraf, berharap suspek yang bertanggungjawab menyebabkan kematian adiknya segera dibawa ke muka pengadilan. Beliau berkata, ini kerana keluarga Muhammad Adib masih menuntut keadilan, selepas hampir setahun insiden menyayat hati itu berlaku. “Kami sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Koroner hari ini bahawa kematian adik saya bukanContinue reading “Keluarga Adib harap suspek dibawa ke muka pengadilan”

ATM hormati keputusan AR Badul mahukan inkues

LUMUT- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghormati pendirian bapa Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang mahu inkues dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian pegawai tentera itu. Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, berkata apa yang disuarakan bapa pegawai komando itu adalah hak peribadi AR Badul. “Itu adalah hak peribadi beliau dan kita kena hormatiContinue reading “ATM hormati keputusan AR Badul mahukan inkues”

Abby Abadi selamat lahir bayi lelaki pramatang 535 gram

Jika sebentar tadi, Norman Hakim ada meminta untuk mendoakan Abby Abadi bagaimanapun terbaru menerusi mStar Online, suami kepada pelakon ini Faizal Zakaria mendedahkan isterinya itu selamat melahirkan. Abby melahirkan cahaya mata lelaki kira-kira pada pukul 10.45 pagi secara pembedahan. Suaminya yang turut dikenali sebagai Jaiezzany itu berkata isteri dan bayi dilahirkan seberat 535 gram itu beradaContinue reading “Abby Abadi selamat lahir bayi lelaki pramatang 535 gram”

Tun M akan lepaskan jawatan sebelum PRU15

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Penegasan itu dibuat pada sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, semalam. “Saya bekerja 18 jam sehari kerana saya tidak mempunyai banyak masa. “Saya janji akan berundur sebelum PRU akan datang danContinue reading “Tun M akan lepaskan jawatan sebelum PRU15”

Kematian Adib angkara jenayah – Mahkamah Koroner

SHAH ALAM – Mahkamah Koroner di sini, hari ini, memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali. Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusan itu berkata, keterangan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, bahawa mangsaContinue reading “Kematian Adib angkara jenayah – Mahkamah Koroner”