Semestinya pengguna pada masa kini akan tercari-cari teknologi telefon pintar terbaik seiring dengan kemajuan era moden yang lebih memudahkan urusan seharian. Antara teknologi yang menjadi pilihan dan sentiasa mendapat permintaan tertinggi adalah teknologi kamera pada telefon pintar yang mampu memberikan hasil imej terbaik setanding profesional.

Sebelum ini, Realme hanya memiliki kamera duo sahaja. Walaupun begitu, kini Realme melangkah setapak ke hadapan dengan teknologi empat kamera (Quad camera) yang lebih canggih.

Realme bakal hadir dengan teknologi kamera quad yang dapat memberikan hasil imej pegun dan video setanding profesional. Merupakan jenama telefon pintar yang semakin mendapat permintaan di kalangan peminat gadget, Realme semakin mengorak langkah ke hadapan seiring perkembangan teknologi pada masa kini.

Antara fungsi kamera quad yang yang ditampilkan adalah kamera utama dengan saiz megapixel yang tinggi (High megapixel main camera), lens lebar bersaiz ultra (ultra wide angle lens), lens potret (potrait lens) dan lens makro (macro lens).

Contoh imej yang diambil menggunakan teknologi kamera quad:

 

1) Kamera utama dengan saiz megapixel yang tinggi (High megapixel main camera)

Kamera utama 48MP f / 1.79 dengan sensor Sony IMX586 ini mampu memberikan anda hasil imej yang tetap, terang dan fokus nyata seolah gambar profesional.

 

2) Lens lebar bersaiz ultra (Ultra wide angle lens)

 

Penembak ultra-lebar f / 2.25 8MP. Keluasan bukaan lebar mampu mencapai sehingga 119 degree. Ini sekaligus membantu anda merakam gambar versi landskap atau gambar berkumpulan secara menyeluruh.

 

3) Lens potret (Potrait lens)

Kamera potret 2MP ini mampu memberikan anda hasil imej potret yang lebih jelas dan terang. 

 

4) Lens makro (Macro lens)

Memberi hasil impak imej macro dalam kadar 4 cm. Ianya mampu merakam sudut atau fokus kecil secara detail dengan lebih tepat. 

 

Teknologi kamera quad ini sekaligus memberikan pengalaman penghasilan imej yang terbaik dalam pelbagai sudut. Ianya juga bakal membuatkan anda teruja dengan teknologi kamera pada gadget pintar seolah-olah anda mampu menghasilkan imej setaraf jurugambar profesional. 

Teknologi ini juga memudahkan anda merakam gambar dan video lebih jelas dengan impak yang padu. 

Advertisements