Realme Malaysia muncul sebagai pemenang jualan telefon pintar paling laris pada acara jualan 9.9 Lazada baru-baru ini. Semasa tempoh jualan berlangsung,Realme telah membuat promosi dengan menawarkan realme 3 Pro (4 + 64GB) secara eksklusif untuk pembeli Lazada pada hanya RM 699.

Menurut Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia:

“Pada masa kini, kami percaya menawarkan produk terbaik dengan nilai terbaik untuk peminat kami. Bersama-sama dengan Lazada, kami telah mencapai kejayaan meraih rekod lain dengan peranti kami sebagai penjualan telefon pintar paling laris pada acara Jualan 9.9 Lazada semalam. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Lazada untuk menjangkau lebih banyak peminat Malaysia dalam memberikan mereka akses kepada inovasi teknologi realme, “.

Sebuah lagi perantirealme C2 (2 + 16GB)  pula telah dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM 299 pada Tawaran Jenama Mega pada acara jualan Lazada 9.9.

Penjualan tertinggi ini berikutan jenama telefon pintar Realme mula mendapat permintaan di kalangan peminat gadget kerana berpuas hati dengan spesifikasi dan teknologi serta bersesuaian dengan harga yang mampu milik.

Advertisements