SHAH ALAM – Netizen melahirkan rasa sedih dan kecewa apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter Iskandar@cheminahsayang kelmarin.

Rata-rata netizen memohon ampun perkenan baginda supaya kembali aktif dalam laman sosial Twitter. Difahamkan, baginda menutup akaun Twitternya berikutan komen negatif dari seorang pemilik akaun Yok@frdsasrf yang dikatakan mengeluarkan kenyataan kurang sopan pada ruangan komen akaun baginda. Berikutan itu netizen yang aktif dalam akaun Twitter baginda marah dan mengutuk Yok@frdsasrf kerana disebabkan komen negatifnya, rakyat terputus komunikasi dengan raja kesayangan. Salah satu ciapan pengikut laman twitter Tuanku berkata, Tolong kembali semula wahai Permaisuri Agong kami (I love to see Her updates every day, it cheers up my day. Our Queen, please come back),” katanya.

Bagi @lisazulkhaidah pula melahirkan rasa sedih dengan berita berkenaan.“@cheminahsayang ampun tuanku tetapi bolehkan tuanku kembali semula. Saya rindu tuanku di Twitter (but can you please comeback, I miss our Permaisuri Agong, our bonda in twitter),” katanya berserta emoji hati.Sementara itu, ada juga netizen menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan terhadap Tunku Azizah. 

Rata-rata netizen berang dan memohon PDRM mencari individu yang mengeluarkan komen negatif kepada Raja Permaisuri Agong.

Advertisements