KUCHING: Satu kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya apabila Sri Aman mencapai bacaan 352 pagi ini.

Kuching pula masih berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 215.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 6 pagi tadi, lapan kawasan berada pada tahap tidak sihat iaitu Samarahan (162), Sarikei : (148), Sibu (163), Bintulu (128), Mukah (138), Samalaju (114), Institut Latihan Perindustrian Miri (107) dan Miri (125).