Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Hiburan

Asia’s Kids Star cungkil bakat baru kanak-kanak, rai hubungan diplomatik Malaysia-China

Petaling Jaya – NQ Cultural Commercial (NQCC) Sdn. Bhd. akan menganjurkan pertandingan Asia’s Kids Star pada  Oktober ini di Kuala Lumpur.

Penasihat projek NQCC, Datuk Hassan Saad berkata, program peringkat antarabangsa itu diilhamkan bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, khususnya dalam melestarikan kebudayaan, kesenian serta adat resam dalam kalangan kanak-kanak selain mencungkil bakat baru di kalangan kanak-kanak.

Katanya, Asia’s Kids Star akan mengetengahkan bakat 120 kanak-kanak dalam pelbagai cabang seni serta budaya warisan negara melalui pertandingan tarian, nyanyian, lukisan, fesyen, permainan muzik tradisional serta seni kraftangan.

 

 

“Program ini turut menyasarkan penyertaan peserta dari beberapa negara seperti Singapura, Thailand, Brunei, Filipina, dan Indonesia.

“Usaha ini sekali gus dapat menyemarakkan serta menerapkan pembudayaan dalam kalangan kanak-kanak ke arah penyatuan, perpaduan dan pembinaan modal insan tanpa sempadan umur, agama serta bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) diantara NQCC dengan rakan strategi China’s Little Kid Stars (CLKS).

Turut hadir sama Pengerusi Eksekutif NQCC, Mazlan Goh Ahmad Goh.

Mengulas lanjut Hassan berkata, setakat ini para peserta perlu melalu proses audisi terlebih dahulu. Jangkaan penyertaan adalah seramai 2000 peserta.

 

 

Ditanya mengenai penajaan, beliau memaklumkan setakat ini telah menerima satu tajaan bernilai lebih setengah juta ringgit dan masih terbuka jika ada mana-mana badan korporat mahupun individu yang ingin menjadi penaja program ini.

“Setakat ini, kami telahpun menerima penajaan lebih setengah juta ringgit dan kami terbuka menerima tajaan lain dari mana-mana korporat mahupun individu bagi menjayakan acara ini” katanya kepada Malaysianews TV.

 

 

Katanya, kanak-kanak dipelawa menyertai pertandingan itu dan mereka yang berminat boleh terus hadir ke Bilik Auditorium NQCC, Infinite Center, Jalan 13/6, Petaling Jaya Selangor. Bagi permohonan secara online, satu platform rasmi bakal dibuka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: