Kuala Lumpur – Usaha Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) untuk mendapatkan dana bagi membiayai operasi dan melengkapkan pembinaan kompleks baharu di Cintamanis, Bentong Pahang, kini diperluaskan lagi dengan Malam Amal PENGASIH @Cintamanis.

Malam Amal tersebut yang akan berlangsung pada 17 november ini bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur turut membawa penyanyi Datuk Jamal Abdillah dan Man Bai bagi menghiburkan para jemputan.

 

 

Presiden PENGASIH Ramli Abdul Samad berkata, penganjuran malam amal tersebut berfokuskan tentang pengumpulan dana bagi melengkapkan pembinaan kompleks PENGASIH baharu di Bentong.

“Alhamdulillah, kompleks baru di Cintamanis Bentong melalui fasa pembinaan yang baik cuma kami memerlukan lagi dana bagi melengkapkan pembinaan dan kelengkapan seperti asrama lelaki dan wanita, klinik kesihatan, surau, perabot, dewan dan pelbagai lagi”

“Jadi, malam amal ini bertujuan untuk mengumpul dana membantu kami di PENGASIH” katanya.

Menurutnya lagi, kos sebanyak RM8 juta diperlukan bagi melengkapkan kompleks baharu bermula dari infrastruktur sehinggalah kelengkapan perabot.

 

“Kami perlu lagi mencari sejumlah RM8 juta bagi memastikan kesemuanya lengkap dan penghuni rumah PENGASIH ini akan mula berpindah ke lokasi baru insyaAllah pada julai tahun 2020 nanti”

“Saya berharap ada pihak korporat, dermawan mahupun mana-mana individu sudi membeli meja dan datanglah ke malam amal ini nanti sambil berhibur bersama Datuk Jamal dan Man Bai disamping membantu kami” katanya dalam satu sidang media di PENGASIH Kuala Lumpur.

Tempahan meja dijual serendah RM3,000 hingga RM25,000 semeja. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Atiqah Yusuf di 010-3935140 atau Abdul Ghani di 011-23847617.