KUALA LUMPUR – Petronas hari ini melantik Lewis Hamilton sebagai duta jenama global untuk Petronas Syntium, rangkaian produk pelincir premium automotifnya.
Pelantikan itu sebagai langkah Britain untuk menyertai Mercedes Formula 1 Mercedes AMG Petronas dari musim 2013, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
“Sebagai duta jenama, Hamilton akan menjadi wajah syarikat Petronas Syntium.
“Beliau juga akan mengambil bahagian dalam beberapa program pemasaran, komunikasi dan promosi global Petronas,” katanya.

Dalam pada itu, juara dunia lima kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton mengakui rindu dengan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meskipun ia tidak lagi berada dalam kalendar kejuaraan berkenaan.

Sebelum perlumbaan F1 di Sepang dianjurkan buat kali terakhir pada 2017, pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS itu pernah memenangi saingan di litar kebanggaan negara itu pada edisi 2014.