Malaysianews TV

Portal Berita Telus Terus Kepada Anda

Bisnes

Datuk Jawahar Ali dilantik Presiden PRESMA baharu

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Jawahar Ali Taib Khan sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang baharu menjadi petanda yang baik kepada kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ).

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, Presma yang mempunyai kira-kira 4000 ahli terdiri daripada pengusaha restoran muslim itu memperoleh penjualan hampir RM10 juta melalui rangkaian kedai mamak Muslim tahun lepas.

Tambah Nadzim, komuniti SPPZ yang tergolong daripada pengguna dan usahawan akan mendapat tempias apabila Presma membuka ruang perniagaan kepada golongan usahawan Muslim untuk membekal bahan mentah dan keperluan restoran Muslim di seluruh Malaysia.

“Ini memberi peluang kepada Gerakan Tunai Zakat (GTZ) untuk membekal barangan kepada Presma dan seterusnya menjamin kualiti produk makanan di restoran Muslim negara.

“Kami amat menggalakkan semua usahawan untuk berdaftar dengan SPPZ untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan sesama umat Islam di Malaysia dan luar negara,” kata Nadzim dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Jawahar Ali  yang juga pengasas dan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju dipilih sebagai Presiden Presma apabila diumum menang tanpa bertanding pada pemilihan malam tadi.

Ketika dihubungi, Jawahar Ali yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Ali Maju meluahkan rasa syukur dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Presma yang baharu.

“Prema akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, memainkan peranan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia  bagi memastikan isu kepenggunaan ditangani dengan baik,” katanya.

Jawahar Ali turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PPIM, Penasihat PPIM dan merupakan rakan strategik kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: