WASHINGTON: Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi berkata Dewan Perwakilan akan melancarkan siasatan rasmi sama ada Presiden Donald Trump perlu didakwa, sambil menegaskan tiada siapa dapat mengatasi undang-undang.

Dewan yang dikuasai parti Demokrat itu akan menyiasat sama ada Trump meminta bantuan Ukraine untuk mencemarkan nama baik bekas Naib Presiden Joe Biden, yang bakal bersaing sebagai calon presiden Demokrat 2020, kata Pelosi.

“Oleh itu, hari ini saya mengumumkan bahawa Dewan akan meneruskan dengan siasatan pendakwaan rasmi,” katanya.

“Presiden perlu dipertanggungjawabkan. Tiada siapa dapat mengatasi undang-undang,” kata Pelosi. – Reuters