Jika sebentar tadi, Norman Hakim ada meminta untuk mendoakan Abby Abadi bagaimanapun terbaru menerusi mStar Online, suami kepada pelakon ini Faizal Zakaria mendedahkan isterinya itu selamat melahirkan.

Abby melahirkan cahaya mata lelaki kira-kira pada pukul 10.45 pagi secara pembedahan.

Suaminya yang turut dikenali sebagai Jaiezzany itu berkata isteri dan bayi dilahirkan seberat 535 gram itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, kedua-dua mereka selamat. Tetapi bayi kami masih dalam pemantauan doktor dan diletakkan di wad NICU (wad penjagaan intensif untuk bayi) kerana lahir tak cukup bulan.

“Beratnya hanya 535 gram sahaja” katanya.