BINTULU- Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya Nur Alert bagi mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Bintulu, Sarawak.

Kanak-kanak berkenaan, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah, 6, kali terakhir dilihat di Kampung Baru Laut, di sini, memakai baju ungu dengan seluar pendek merah.

Laporan kehilangannya dibuat pada Sabtu.

Puteri Nurardiana Damia Qaisara berketinggian 120cm dengan berat 18kg, berkulit cerah dengan rambut lurus paras bahu, menurut kenyataan PDRM.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Insp Diana di talian 019-6369984 atau IPD Bintulu di +6086-318304.