Sepang – GAINS Education Group hari ini dilancarkan secara rasmi selepas mula berkembang dan menjadi pilihan pendidikan masa kini. GAINS Education Group merupakan syarikat induk Genius Aulad, Sekolah Antarabangsa Idrissi, Sekolah Tinta, Akademi Pengajaran Eduventor, Asisst10 dan pusat penjagaan bayi Genius Bibs yang telah diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pendidikan berkualiti premium bagi pra- sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Ianya ditubuhkan bertujuan khusus untuk meningkatkan kehidupan pelajar Malaysia dan luar negara dan sehingga kini telah berkhidmat kepada 13,099 pendidik dan 70,000 pelajar di 12 negeri dan 2 negara dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

 

 

Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif GAINS Education Group, Puan Zaliza Alias dalam ucapannya menerangkan bahawa Gains Education Group merintis sekolah berasaskan Islam dengan penguasaan Bahasa Inggeris agar ianya memberi peluang kepada anak-anak agar lebih cakna tentang kepentingan serta sentiasa memberi peluang dalam seiring modul pendidikan terkini.

“GAINS Education Group sentiasa komited dalam menyokong Kerajaan dan Kementerian untuk mengukuhkan pendidikan berteras inovatif dan silibus serta modul yang melaksanakan STEM sepenuhnya dalam Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) melalui Sekolah Tinta” katanya.
 
Dalam bergerak seiring dengan ekonomi yang membangun, GAINS Education Group telah melabur hampir RM15 juta dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Berdaftar (CAGR) sebanyak 26% untuk pelajar sejak 20 tahun dan pendapatan kumpulan dijangka melebihi RM21 juta untuk tahun 2019 selaras Kadar Pertambahan Tahunan (CAGR) sebanyak 32%. 
 
“GAINS Education Group juga menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2023 dengan pengembangan liputan perniagaan dengan memperluaskan pembangunan dan pertumbuhan pendapatan pendidikan sebanyak RM50 juta menjelang 2022.
 
Dalam pada itu, GAINS Education Group juga turut melakar beberapa pelan membina Pusat penjagaan bayi Genius Bibs dengan kerjasama beberapa badan Korporat dan juga EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd.
 
“Kami turut merangka pelan perancangan masa hadapan membina Genius bibs Infant Care di EduCity Iskandar Malaysia, Johor bertujuan untuk pemudah cara bagi ibu bapa menghantar anak-anak kecil mereka sewaktu mereka sedang bekerja di pejabat” katanya semasa sidang media pelancaran GAINS Education Group di Movenpick Sepang.

Beliau juga turut menekankan bahawa GAINS Education Group tidak tertakluk bagi pelajar islam sahaja, malah terbuka juga kepada para pelajar dari pelbagai bangsa dan agama.

“Kami bukanlah pusat pendidikan atau sekolah khas untuk pelajar beragama islam semata-mata, kami juga turut menerima pelajar bukan muslim kerana sistem pendidikan yang kami praktikkan sepenuhnya diiktiraf Kementerian Pendidilan Malaysia untuk pelbagai bangsa.” katanya.

 

 

 

Majlis disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid dan Prof. Dato’ Dr. Noraini Binti Idris, Presiden National STEM Movement Malaysia.