Kerajaan sedia kaji semula pelaksanaan GST – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST,” ujarnya ringkas.

Selasa lalu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berharap kerajaan memperkenal semula Cukai GST dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata cukai kepenggunaan itu sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding sistem SST.

Beliau berkata, kadar yang bersesuaian jika kerajaan melaksanakan semula sistem percukaian itu ialah tiga peratus.

Katanya, pengenalan semula GST pada kadar yang lebih rendah bersama-sama pemberian subsidi akan membantu mengurangkan kos sara hidup, terutama golongan berpendapatan rendah.

Ditanya sama ada pelaksanaan GST boleh dimasukkan dalam Belanjawan 2020 minggu depan, Perdana Menteri berkata, perkara tidak mungkin dilakukan.

“Bajet ini susahlah. Mungkin kemudian,” katanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s