Jangan taksub dengan artis pujaan, akhirat nanti tak ditanya nama setiap anggota BTS – Alif Satar

Penyanyi terkenal, Alif Satar menasihati orang ramai khususnya pencinta seni agar tidak terlalu taasub dengan artis kesayangan mereka sehingga mencetus pelbagai sentimen tidak sihat.

Menurut pengacara program Big Stage itu, tidak ada salahnya utuk seseorang meminati bintang pujaan mereka, namun, biarlah perasaan itu dikawal dengan sebijak yang mungkin termasuk tingkah laku.

“Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tidak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.

“Padahal apa yang saya katakan lagu Boy With Luv dinyanyikan seramai lapan orang, itu memang betul pun. Tetapi janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif,” ujar Alif lagi.

Personaliti ternama itu berkata demikian sebagai mengulas tindakan segelintir peminat setia kumpulan K-Pop ternama dunia, BTS yang ‘meradang’ apabila Alif kononnya tersalah menyebut informasi mengenai lagu nyanyian band berkenaan.

Pada konsert separuh akhir Big Stage 2019 minggu lalu, Alif berkongsi info menyatakan bahawa lagu Boy With Luv yang disampaikan Han Byul dinyanyikan lapan orang artis.

Bagaimanapun, maklumat itu dikecam kumpulan peminat BTS Army menyatakan bahawa kumpulan itu dianggotai tujuh orang ahli.

Padahal, lagu itu sememangnya dinyanyikan seramai lapan penyanyi yang mana tujuh daripadanya ahli kumpulan BTS berkolaborasi bersama penyanyi Amerika Syarikat, Halsey.

Dalam masa sama, Alif berkongsi pengalamannya sendiri sebelum bergelar artis seperti hari ini, dia juga mempunyai selebriti kegemaran, namun ketaksubannya tidak sampai ke peringkat melampau.

“Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taasub!” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert amal Countless Blessing di Pavilion Kuala Lumpur semalam.

Pada konsert separuh akhir Big Stage 2019 minggu lalu, Alif berkongsi info menyatakan bahawa lagu Boy With Luv yang disampaikan Han Byul dinyanyikan lapan orang artis.

Sementara itu, Alif menyatakan rasa teruja apabila bakal berkolaborasi bersama kumpulan nasyid legenda tanah air, Raihan dalam konsert yang akan diadakan pada 2 November depan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Konsert amal itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM450,000 untuk disalurkan kepada beberapa pertubuhan berkaitan Islam antaranya Sekolah Islam Al Huda, MERCY Malaysia dan Persatuan Pemulihan Kesan Sosial Malaysia.

Tiket konsert dijual dengan harga RM115, RM305, RM405 dan RM690 secara dalam talian My Ticket Asia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s