Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal tutup, alami kerugian besar

JOHOR BAHRU – Mungkin ini berita sedih kepada peminat Hello Kitty di Malaysia kerana Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal ditutup sepenuhnya hujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Cik Liow Cai Tung berkata, penutupan taman tema tersebut mulai 1 Januari 2020 tidak akan memberi kesan ke atas jumlah pelancong yang datang ke negeri tersebut.

“Saya yakin penutupan itu akan hanya membawa kesan kecil kepada kempen Melawat Johor Tahun 2020 (bermula pada 1 Januari) dan tidak akan menjejaskan keseluruhan ketibaan pelancong ke negeri ini.

“Kerajaan negeri tidak bergantung kepada satu jenis produk pelancongan,” katanya yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor.

Difahamkan taman tema yang dibuka pada 2012 dan menelan belanja sehingga RM110 juta itu mengalami kerugian besar kerana masalah penjualan tiket.

Sementara itu, menurut laporan Hangat.com, selepas beroperasi selama tujuh tahun, Taman Tema Sanrio Hello Kitty ditutup kerana jumlah pengunjung yang datang tidak mencapai sasaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s