KUALA LUMPUR – Pizza Hut Malaysia akan memperkukuhkan kehadirannya dalam pasaran negara ini dengan memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang lebih menarik dan berinovasi.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Jean Ler berkata, usaha sedemikian bertujuan menarik lebih banyak pelanggan khususnya daripada golongan muda.

“Kami akan terus memberi tumpuan bagi menyediakan kemudahan, keenakan dan pengalaman piza terbaik kepada pengguna dengan memperkenalkan menu baharu yang inovatif.

 

“Membawa bersama pengalaman selama 37 tahun dalam pasaran di negara ini, kami sentiasa mahu menjalin hubungan baik bersama pelanggan menerusi produk dari jenama ini.

“Jadi, kepelbagaian dan inovasi adalah cara kami dalam mempertingkatkan kehadiran dalam kalangan pengguna di negara ini,” katanya selepas majlis pelancaran Pizza Black Volcano di sini, semalam.

Jean berkata, tahun ini, tiga jenis piza edisi terhad diperkenalkan dan mendapat sambutan hebat.

Katanya, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) menghasilkan menu baharu piza edisi terhad mengambil masa sembilan bulan.

“Pizza Durian Cheese diperkenalkan dua bulan lalu antara menu piza yang diterima ramai dan terbaharu, Pizza Black Volcano yang boleh didapati untuk masa terhad saja.

Pizza Black Volcano adalah piza pertama seumpamanya di Malaysia didatangkan bersama kerak berwarna hitam diperbuat daripada doh yang diadun bersama arang,” katanya.

Advertisements