Kuala Lumpur -Ayam Brand™ hari ini melancarkan Santan Super Light baharu dengan 75% kurang lemak berbanding santan segar. Produk baharu ini diperkenalkan untuk kesihatan dan kesedaran bebas kolesterol namun masih mementingkan keaslian santan dan keenakannya dalam masakan.

Dengan kesedaran mengenai peningkatan penyakit yang melibatkan kadar kolesterol tinggi, Ayam Brand™ mengambil inisiatif mengeluarkan Santan Super Light yang bebas kolesterol dan sebagai penyelesaian masalah rakyat Malaysia yang kini mempunyai tahap kolesterol tinggi iaitu 47.7% daripada populasi golongan dewasa. 

Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre dalam ucapannya berkata, Malaysia sememangnya dikenali kerana budaya dan kaum yang berbilang bangsa serta kepelbagaian makanan yang menyelerakan namun makanan yang tinggi lemak mampu menyumbang kepada peningkatan kadar kolesterol.

“Ayam Brand mengambil inisiatif memperkenalkan produk santan dengan dengan 75% kurang lemak dan bebas kolesterol sesuai untuk makanan Malaysia namun masih mengekalkan keenakan hidangan untuk setiap rakyat”.

“Kita tahu, Malaysia mempunyai makanan sedap seperti nasi lemak, kari, gulai dan pelbagai sajian pencuci mulut yang menggunakan santan dan kali ini kita mengesyorkan pengguna menggunakan produk terbaik untuk langkah penjagaan kesihatan” katanya.

“Makanan Ayam Brand™ yang sihat, mudah dan enak tanpa bahan pengawet dan MSG merupakan sebahagian daripada identiti kami. Kami juga komited untuk mengekalkan warisan makanan dan menggalakkan penghasilan menu kulinari yang baru. Di sinilah Ayam Brand™ Santan Super Light boleh membantu dalam menjadikan resepi tradisional lebih sihat, selain menambah citarasa tempatan terhadap trend global,” jelasnya dalam majlis perasmian di pasaraya Giant, Bandar Kinrara.

Pakar Nutrisi MyKenZen, Shermin Low turut hadir untuk membetulkan stigma masyarakat terhadap hubungan di antara lemak kelapa dan kesihatan.

“Lemak kelapa adalah antara jenis lemak yang sihat. Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs). MCTs digunakan secara langsung di dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan lebih tenaga dan menambah baik imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti-bakteria dan anti-virus,” katanya.

Ayam Brand™ Santan Super Light didatangkan dalam kotak Tetra Pak 330ml yang lebih bersih dan mudah. Hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, tidak perlu gunting atau koyak. Pengguna boleh tutup semula dan masukkan ke dalam peti sejuk dan perlu dihabiskan dalam tempoh tiga hari selepas dibuka.

Harga runcit sepeket Ayam Brand™ Santan Super Light (330ml) adalah RM 3.10 dan kini ia boleh didapati pada harga promosi RM 2.95 sepeket di cawangan pasaraya Giant sehingga 31 Oktober 2019.