Seperti ‘pisang goreng panas’, Realme Malaysia hari ini mengumumkan model Realme 5 Pro telah habis terjual dalam tempoh 24 jam pada jualan hari pertamanya.

Sehubungan itu, Realme Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada peminat serta pemilik Realme 5 Pro. Dalam pada itu, Realme juga bakal membawakan lebih banyak tawaran menarik untuk pasaran tempatan.