Seri Kembangan – Jenama Realme kini mengorak selangkah kehadapan dan semakin mendapat permintaan tinggi dari pengguna. Sehubungan itu,  sebuah concept store pertama telah dibuka di pusat beli belah, The Mines serta image store yang ketiga di Setapak Central hujung minggu lalu.

Kedua-dua kedai ini merupakan one-stop-center Realme di Malaysia, di mana ia bukan sahaja memberikan pengguna satu pengalaman untuk mendekati peranti Realme yang terkini malah menyediakan perkhidmatan untuk membantu anda membaik pulih kerosakan dan khidmat nasihat lebih lanjut mengenai produk.

“Sejak kali pertama Realme menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun lepas, kami telah melihat peluang yang hebat ditawarkan oleh negara ini dengan sokongan yang berterusan daripada pengguna dan rakan-rakan kongsi”, kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama Realme Malaysia.

 

 

“Kami juga percaya bahawa kehadiran fizikal seperti kedai misalnya sangat penting untuk memberi pengguna pengalaman secara terus. Matlamat kami di sini adalah untuk terus berkembang di lebih banyak bandar, dan menyediakan penjagaan yang berkualiti di seluruh negara.”

Pihak Realme menyedari bahawa Malaysia merupakan salah satu pasaran utama di rantau ini dengan peningkatan pengguna yang semakin berkembang, dan dengan itu mengambil keputusan  untuk membuka kedua-dua kedai ini. Realme juga membawa harapan untuk meningkatkan prestasi agar dapat berkhidmat kepada pelanggan secara terus menerus.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai jenama Realme dan mengetahui di mana lokasi kedai-kedai mereka, rujuk laman web rasmi di sini.