Jika sebelum ini kecoh gambar didukung oleh Idris Khan, nampaknya Intan Najuwa sekali lagi dihentam apabila tular gambarnya berpeluk dengan Zul Ariffin di atas kapal.

Malah rata-rata netizen menyifatkan seolah-olah Intan mudah disentuh oleh mana-mana lelaki. Namun, Intan menjelaskan dia masih tahu menjaga batas sebagai tunangan orang dan gambar tersebut dikongsikan hanya mempromosi drama lakonannya sahaja.

Bagaimanapun, sejak semalam status di Insta Story yang dimuat naik oleh tunang Intan iaitu Fazrul Anwar Rulis menjadi perhatian ramai seolah meluahkan rasa kecewanya.

Status tersebut seakan merujuk kontroversi terpalit Intan yang dilihat tidak menghormati dirinya sebagai tunang. Malah, tunangnya turut mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja.

Apa pun diharap hubungan mereka baik-baik sahaja. Malah, sebelum ini juga Intan memberitahu apa yang dilakukan olehnya sudah pun mendapat persetujuan daripada pihak keluarga dan tunangnya.