Netflix tawar pelan mudah alih RM17 sebulan

PETALING JAYA – Netflix menawarkan pelan mudah alih baharu pada RM17 sebulan, dengan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai pelan itu.

Pengarah Produk Inovasinya, Ajay Arora, berkata pelan mudah alih itu menawarkan akses kepada keseluruhan katalog tempatan dan antarabangsa Netflix, tanpa sebarang iklan dan bebas untuk membuat pembatalan.

“Ahli kami di Malaysia gemar menonton pertunjukan di telefon pintar dan tablet mereka, justeru dengan pelan mudah alih yang pertama ditawarkan itu, semua pertunjukan dan filem Netflix boleh diakses oleh penduduk tempatan untuk penstriman dan muat turun,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pelan itu di sini, hari ini.

Katanya, Netflix sentiasa terus berusaha menambah baik pengalaman mudah alihnya dengan ciri-ciri seperti muat turun pintar, previu mudah alih, pengguna antara muka adaptif dan perkongsian kepada sosial media.

Netflix ialah peneraju perkhidmatan hiburan internet dengan mempunyai lebih 158 juta ahli berbayar di 190 negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s