Petaling Jaya – realme Malaysia hari ini melancarkan penambahan terkini koleksi aksesori yang bergaya untuk peminat hipebeast melalui kerjasama dengan Bwave bersama dengan sepuluh jenama lain seperti Supecrew, DrMister, Lord, Kittieyiyi, Eversince, Eglaf, Playaz, Stoned, Nerd Unit dan Repulxe. Realme adalah jenama gaya hidup teknologi itu mengkhususkan dalam menyediakan pakaian dan aksesori bergaya serta bermutu tinggi dengan dengan mengekalkan konsep “STAY REAL”.

Pengurus realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, realme membawa semangat generasi muda bukan sahaja sebagai pelopor teknologi malah dari segi gaya dan penampilan.

 

 

“Sebagai jenama muda, kami adalah inovator, pengembara dan menyahut baik persaingan kerana semangat Dare to Leap kami. realme sentiasa bergaya dengan slogan “Stay Real” dan kami ingin berkongsi semangat sedemikian dengan lebih ramai peminat di seluruh Malaysia. Oleh itu, kami membawa peminat kami beberapa aksesori yang unik dengan kualiti dan reka bentuk yang paling bergaya untuk seiring dengan semangat realme” katanya.

Menggunakan slogan “STAY REAL”, realme mengatakan pakaian yang dijual adalah berkualiti tinggi selari dengan produk telefon pintar mereka. Ada diantara pakaian yang dijual juga dikeluarkan secara terhad seperti topi, kameja-T, mahupun bank kuasa.

 

 

 

Bagi yang gemarkan muzik pula, anda juga boleh dapatkan TWS daripada realme. Fon telinga tanpa wayar sepenuhnya ini diperbuat daripada logam dan gel silikon mesra kulit untuk memberikan keselesaan dan nilai premium kepada pengguna. Melalui teknologi Dynamic Bass Boost pula, pengguna dapat menikmati pengalaman bunyi yang lebih baik.

 

 

Semua produk pakaian dan aksesori ini bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Untuk harga, ia akan diumumkan pada hari pelancaran realme XT pada 30 Oktober 2019.

Terakhir sekali, pihak realme turut mengumumkan bahawa orang ramai boleh memenangi realme XT dan hadiah sehingga RM50,000 bermula hari ini, 28 Oktober hingga 10 November 2019 di realme Fashion Store, Mid Valley Megamall.