Kuala Lumpur – realme hari ini telah melancarkan realme  XT. Telefon pintar ini dilengkapi skrin 6.4-inci Super AMOLED, cip Snapdragon 712, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 20W VOOC Flash Charge 3.0.

Realme XT hadir dengan kamera utama 64 megapixel dengan teknologi kamera kuad pada bahagian belakang. Ia turut disertakan gabungan 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (depth), selain kamera swafoto 16 megapixel bersama-sama dengannya.

 

Sistem yang digunakan pula ialah ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie. Ditawarkan pada harga RM1399 dan menjadi telefon pintar mampu milik untuk semua peringkat. 

Melengkapkan lagi penawaran ini adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W. Untuk pasaran tempatan hanya konfigurasi memori RAM 8GB dan storan 128GB yang ditawarkan dengan pilihan warna Pearl Blue serta Pearl White.

 

Jualan secara luar talian bermula pada 9 November ini sementara penawaran secara eksklusif bermula pada 11 November di Lazada.

Turut sama dilancarkan adalah realme Power Bank, realme Buds Wireless dan realme Buds 2 yang masing-masing berharga RM129, RM149 dan RM39.

Jualan secara pra-tempah realme Buds Wireless dimulakan hari ini dan secara eksklusif pada 11.11 di Shopee.