Kuala Lumpur – Alat memasak jenama terkemuka Tefal, komited untuk menggunakan teknologi pengetahuannya bagi mewujudkan produk terbaharu di pasaran yang dapat meningkatkan gaya hidup para pengguna.

Tefal hari ini telah melancarkan satu siri peralatan memasak terbaharu dilengkapi inovasi Thermo-Signal yang dilengkapi ciri khas titik merah yang telah dipertingkatkan bagi memberi penunjuk kepada pengguna mengenai masa dan tahap kepanasan kuali tersebut.

 

 

Pengurus SEB Malaysia Sdn Bhd, Jack Wong, berkata mengenal pasti masa yang sesuai untuk mula memasak adalah penting dalam penyediaan makanan, dan selalunya tidak mudah untuk menentukan masa yang tepat. Selaras dengan itu, Tefal menjadi rakan dapur terbaik sesuai bagi para pengguna mendapatkan hasil masakan terbaik disamping mengekalkan nutrisi makanan.

“Thermo-Signal akan menjadi warna merah pepejal apabila kuali mencapai masa memasak yang ideal dan menjadikannya sangat mudah untuk cef  menyediakan makanan yang lazat dalam masa yang singkat,” katanya.

Meneruskan tradisi kecemerlangan dan usaha inovasi, rangkaian peralatan memasak Tefal yang baharu menampilkan Thermo-Signal, kehomogenan yang lebih baik, dan salutan titanium tahan lama yang menjamin pengalaman memasak yang unggul dengan memperoleh hasil masakan yang lebih bermutu.

Dalam majlis sama, pengarah drama terkenal dan pengacara, Sheila Rusly bersama artis jemputan Ayda Jebat turut membuat demo masakan menggunakan peralatan Tefal. Beliau menunjukkan cara-cara memasak nasi goreng kerabu dan daging masak lemak bersama kerisik dimana resepi keduanya turut dimuatkan kedalam buku resepi Ketuk-Ketuk Ramadan. 

 

 

“Memasak dengan Tefal amat memudahkan dan menjimatkan masa setiap pengguna. Hanya 20 minit sahaja, sudah mampu menyiapkan juadah yang pelbagai disamping menjadikan masakan masak sepenuhnya dengan baik. Produk Tefal juga memudahkan urusan didapur kerana teknologi kuali yang digunakan tidak menyebakan makanan melekat pada peralatan” katanya.

Peralatan memasak Tefal kini boleh didapati di semua gedung utama dan pasar raya terkemuka di
Malaysia dalam harga antara RM79 hingga RM279.